Mesy. HEM 2013 kali-1


SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTERI
BATU 9, JALAN HULU LANGAT,
43200 CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN


Minit Mesyuarat Kali Pertama 2013
Unit Hal Ehwal Murid SKTP

Tarikh              : 28 Disember 2012
Masa               : 08.45 pagi
Tempat            : Bilik Mesyuarat SKTP

Kehadiran: 
1.      Pn. Ayu Aidi bt Abdullah
2.      Tn. Hj Yusof bin M Noor
3.      En. Badrol Hisham bin Md Salleh
4.      Pn. Norliza bt sulaiman
5.      En. Mohamad Azam bin Ab Patah
6.      En. Norjeehan bin Ahmad Mustapa
7.      En. Mohd Agus bin Mahat
8.      En. Mohd Zuffi bin Abdul Majid
9.      En. Husma Fadzli
10.  En. Rosli bin Yahaya
11.  En. Hamizan bin Mohd Mahayuddin
12.  Cik Latifah bt Tajuddin
13.  Pn. Mashitah bt Abd Halim
14.  Pn. Rozita bt Ahmad
15.  Pn. Suhaida bt Mohd Noor
16.  Cik Noradlina bt Mohd
17.  Pn. Norhayati bt Ali
18.  Pn. Angeline Innasimuthu
19.  Pn. Faizurin bt Salim
20.  Pn. Suhaila bt Saat
21.  Pn. Aslia bt Ali
22.  Pn. Zamzarina  bt Ngah Rawi
23.  Pn. Repe’ah bt Musa
24.  Pn. Nor ‘Aini bt Masri
25.  Pn. Nasibah bt Md. Zin
26.  Pn. Adzliana bt Mohd Daud
27.  En. Mohsin bin Mohamed Ani
Tidak Hadir :
1.      En. Saaban bin Ahmad





AGENDA 1:     UCAPAN PENGERUSI –  En. Badrol Hisham bin Md Salleh
1.1  Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru  yang dapat menghadirkan diri ke mesyuarat Unit Hal Ehwal Murid pada kali ini.
1.2 Pengerusi mengingatkan Unit HEM adalah unit yang penting kea rah kecemerlangan murid dengan memastikan disiplin dan kebajikan murid sentiasa dalam keadaan baik.
1.3 Pengerusi berharap semua guru bekerjasama dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan dengan baik demi  masa depan murid.
AGENDA 2 :    PENYAMPAIAN SURAT PELANTIKAN UNTUK KETUA-KETUA UNIT HEM
2.1  Pengagihan Jawatankuasa Hal Ehwal Murid (HEM)
2.1.1    Guru-guru perlu merujuk takwim sekolah yang diedarkan bagi memastikan jawatan masing-masing dalam unit HEM.
2.1.2    Antara jawatankuasa di bawah unit HEM
*      Bimbingan dan Kaunseling
*      Disiplin Dan Pengawas
*      Bebas Denggi
*      RMT
*      SPBT
*      Keceriaan, Kesihatan dan Kebajikan (3K)
*      Kantin dan Kedai Buku
*      Sekolah Selamat
AGENDA 3:     PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT

3.1       Pn Adzliana mencadangkan agar minit mesyuarat ini disahkan. Majlis sebulat suara bersetuju.

AGENDA 4:     PERKARA BERBANGKIT

            4.1       Buku Kantin
4.1.2    Pengerusi membangkit tentang kehilangan buku laporan kantin, namun buku tersebut masih belum dijumpai hingga ke hari ini. Diharapkan pada tahun 2013 nanti buku laporan kantin ini dijaga dengan baik.

            4.2       Agihan Buku Teks
4.2.1    Pengerusi memaklumkan bahawa buku set teks tahun 1 akan diagihkan pada hari isnin bertarikh 31/12/2012.

            4.3       Pengurusan Disiplin
4.3.1    Pengerusi berharap disiplin untuk tahun 2013 lebih baik berbanding tahun sebelumnya.
4.3.2    Pn. Guru Besar mencadangkan agar Buku Rekod Kawalan Kelas diteruskan pada tahun 2013.
Tindakan Unit Disiplin
4.4       Program Maju Diri (PMD) dan Transisi
4.4.1    Pn. Nasibah memaklumkan bahawa modul PMD akan diberikan pada 31/12/2012
4.4.2    Pn. Zamzarina memaklumkan bahawa soalan dan penyediaan ujian sudah siap.Hanya menunggu jadual waktu siap untuk memasukkan Program Pransisi.


            4.5       Jadual Kedatangan
4.5.1    Pengerusi berharap pada tahun 2013 semua guru kelas dapat melangkapkan Buku Jadual Kedatangan Murid dengan sempurna.
4.5.2    Jadual Kedatangan hendaklah diserahkan ke pejabat sebelum pukul 9.00 pg bagi memudahkan urusan sekiranya diperlukan.
                                                                                                                   Tindakan guru kelas

AGENDA 5 :    HAL-HAL LAIN

            5.1       Gotong Royong Perdana
5.1.1    Pengerusi mencadangkan agar menganjurkan aktiviti gotong-royong bagi memastikan kebersihan dan keselamatan warga SKTP.  
5.1.2    Dicadangkan agar aktiviti ini dilakukan di bawah Unit Bebas Denggi dan Unit Kesihatan dengan kerjasama PIBG.
                                                                        Tindakan Unit Bebas Denggi dan Unit Kesihatan

            5.2       Browser, Buku Pelawat dan Carta Organisasi
5.2.1    Pn. Guru Besar menegaskan bahawa setiap bilik-bilik khas mesti mewujudkan browser masing-masing.
5.2.2    Browser tersebut hendaklah disediakan sebanyak tiga salinan.
5.2.3    Begitu juga dengan buku pelawat dan carta organisasi perlu diwujudkan secepat mungkin.
                                                                                                Tindakan Ketua Bilik-Bilik Khas

            5.3       Menjalankan Tugas Rasmi di luar Sekolah
5.3.1    Pn. Guru Besar menegaskan sekiranya terdapat guru-guru yang keluar menghadiri mesyuarat, kursus atau tugas-tugas lain, hendaklah menyediakan kerja dan tugasan  untuk murid bagi memudahkan guru lain yang menggantikan kelas tersebut.
                                                                                                            Tindakan semua guru
            5.4       Sistem Maklumat Murid (SMM)
5.4.1    Pn. Mashitah memaklumkan sekiranya terdapat murid baru mendaftar mulai minggu depan, diharapkan guru kelas tersebut mengambil boring SMM daripadanya.
                                                                                                            Tindakan guru kelas
           

AGENDA 6:     PENUTUP
Pengerusi mengucapkan berbanyak terima kasih diatas kehadiran Guru-guru pada hari ini dan berharap segala tugas yang diberikan dapat dijalankan dengan penuh rasa tanggungjawab . Mudah-mudahan kita semua sentiasa mendapat limpahan barakah dan rahmat Allah s.w.t.
Mesyuarat ditangguhkan pada 10.00 pagi.

Disediakan oleh,                                  Disemak oleh,                                   Disahkan oleh,


……………………….....................      ……………………………….…..       ..........……………………
(En. Mohamad Azam bin Ab Patah)      (En. Badrol Hisham bin Md. Salleh)      (Pn. Ayu Aidi Bt Abdullah)
 S/Usaha Hal Ehwal Murid (HEM)           GPK Hal Ehwal Murid (HEM)                 Guru Besar SKTP

Comments