ALQURAN ASAS KESATUAN UMMAH DAN KESEJAHTERAAN NEGARA

Tema Nasyid Tahun 2018

Alquran itu tunjang kesatuan
Menyeru insan jauhi seteru
Berpadu hati di jalan tuhan
Seiring panduan kalam wahyu

Sejahtera negara kita idamkan
Rakyat harmoni itu harapan
Dihiaskan takwa dan keimanan
Ukhuwwah terpahat sesama insan

Hindari noda yang bergelora
Usah terleka keasyikan dunia
Sematkan kasih di dalam jiwa
Berpesan-pesan kepada semua
Taati Allah jangan kau derhaka

Jadikan Alquran panduan kita
Sejarah dahulu iktibar kita
Bersatu hati gapai cita-cita
Negara berkat hidup sejahtera

Negara berkat hidup mawaddah
Dalam alquran ada panduannya
Kerana....
Alquran asas kesatuan ummah
Dan kesejahteraan negara

Comments

Post a Comment