Merawat Dengan Air Suam

Pengalamanku merawat hanya dengan air suam sahaja apabila menghadapi masalah sakit kepala dan ketidakhadaman perut. Setakat ini syukur alhamdulillah segala masih mampu menjadi perawatan yang paling terbaik secara alami.

1) Sakit Kepala

Apabila terasa sakit kepala disebabkan ketidakaturan waktu makan, hanya perlu kerap minum air suam sahaja.

Caranya sebelum masuk dan keluar tandas minum air suam segelas. Rasionalnya, kotoran dalam perut adalah punca wujudnya angin (gas) dalam perut, dengan kerap minum air suam, kotoran tersebut secara perlahan-lahan disingkirkan melalui pembuangan air besar. Seterusnya kotoran dalam perut sedikit demi sedikit akan menjadi bersih dan angin (gas) pun tidak akan muncul lagi, apabila tiada gas dalam perut, secara tidak langsung sakit kepala akan berkurangan dan akhirnya tiada lagi masalah sakit kepala

2) Ketidakhadaman perut

Begitu juga dengan masalah ketidakhadaman dalam perut, air suam sangat membantu untuk mencairkan najis-nsjis keras yang melekat pada dinding usus. Mengamalkan minum air suam sebelum dan selepas masuk tandas ia dapat membantu merawat masalah ini dan sekaligus ia dapat menyelamatkan kita daripada dihinggap penyakit yang sangat ditakuti oleh semua orang iaitu kanser usus.

3) Awet Muda
Selain itu, bagi mereka yang berhajat untuk sentiasa kekal muda, teruskan mengamalkan meminum air suam sebelum masuk dan keluar tandas, selepas bangun pagi dan sebelum tidur..


JANGAN LUPA AMALKAN AIR SUAM KERANA AIR SUAM BERSIH SANGAT MUJARAB SELEPAS ZAM ZAM

Comments