PENGALAMAN BERUBAT DENGAN AIR PUTIH


PENGALAMAN 1

Anda sayangkan buah pinggang anda? Anda inginkan kulit yang bersih dan cantik? Anda ingin lebih muda dari usia? Anda ingin kebersihan dalam yang menyeluruh? Tahukah anda tahap kebersihan usus anda?

Sangat banyak kelebihan mengamalkan air putih sebanyaknya pada siang hari. Bagi yang amat liat minum air putih, paksa diri anda supaya rajin-rajin minum. orang yang cukup air putihnya dalam badan pasti akan sentiasa kurus. Kenapa? Sebab ususnya sentiasa bersih. Orang yang buncit sebenarnya ususnya kotot? Anda tahu kenapa kotor? Sebab pelbagai kimia dan kotoran yang melekat pada dinding usus anda.

Anda pernah sakit kepala? Adakalanya ambil dua biji panadol baru boleh hilang sakit kepala, betul tak? Kalau betul sebenarnya ada penyelesaian tanpa memerlukan panadol. Anda cuma perlu minum air suam segelas setiap 15 minit sehingga hilang sakit kepala. Mengikut pengalaman saya, setelah satu jam selepas itu, sakit kepala terus beransur hilang setelah buang air kecil beberapa kali dan kadang-kadang buang air besar sekali. Kenapa dengan minum air putih je boleh hilang sakit kepala? ini kerana kotoran yang melekat pada usus anda tersebut akan dicucikan oleh air putih yang anda minum, apabila usus dah makin bersih, gas-gas yang dihasilkan oleh kotoran pada usus tiada lagi lalu ia tidak lagi menyerang kepala kita dan secara tidak langsung sakit kepala kita pun akan hilang.

cukup la dulu perkongsian ini, lain masa saya akan berkongsi lain pengalaman yang lain hanya dengan meminum air putih sahaja.

Comments