KECURIAN DAN SIKAP MURID

Setelah berkali-kali berhadapan dengan kes yang sama dan orang yang sama, terdetik di hati dimanakah silapnya yang tidak diketahui. Barangkali proses pengurusan disiplin yang kurang berkesan dilakukan menyebabkan kes yang sama berulangkali. Ataupun kawalan kelas oleh guru-guru matapelajaran agak longgar juga menjadi punca berlakunya kes kecurian yang berulangkali.

Namun yang jelasnya, sikap murid tersebut yang begitu tinggi daya helah bela diri, sentiasa mempertahankan dirinya dari dituduh sebagai orang yang bertanggungjawab dalam kes tersebut. Perjumpaan demi perjumpaan dilakukan namun hasilnya sama sahaja. Akhir sekali, dengan kerjasama Unit Bimbingan dan kaunseling dan Cikgu Yana sedikit sebanyak nampak membuahkan hasil, murid yang dituduh secara terbuka mengaku bertanggungjawab dalam kes kecurian tersebut.

Sekali lagi, pihak yang terlibat dalam penyiasatan ini terpukul dengan suatu persoalan " SAYA MEMANG TAK NAK MENCURI, TAPI SAYA TAK MAMPU KAWAL DIRI SAYA, BILA SAYA SEDAR SAYA TELAH MENCURINYA".... Jadi apa yang perlu dibuat? Kita nantikan hasil dapatan yang seterusnya... 


Comments