Menilai Persahabatan suci

Lumrah dalam perhubungan, ada yang lama bertahan dan ada yang sementara. Ada juga yang berkepentingan dan ada juga muncul hanya ketika diperlukan lebih malang lagi hanya muncul ketika meminta-minta. Ada baik di mata, lembut pergaulan, sopan bahasa tapi tajam di belakang. Ada yang bermulut longkang, mengalirkan segala sisa yang tersumbat dan terperap. Ada yang bercakap besar terbang bersama cita-citanya. Ada yang bijak memujuk sebelum menyampaikan hajat, ada yang berlagak bos mengarah pecah perintah, ada yang garang tidak reti untuk bersabar, Ada yang diam seketika berbisa tatkala berbicara, Ada yang takut menikus sepanjang masa mahu selamatkan diri, Ada yang bertanggung jawab, mengambil berat segala hal, Ada yang teramat rajin, adakalanya rajinnya yang menyusahkan. Ada yang sentiasa menyelamatkan diri, Ada yang hanya mahu untung tak mahu rugi, ada yang memilih kawan

Kita boleh menilai

MELAKAR ULAH SAHABAT

Fenomena kehidupan
Merempuh cabaran
Menongkah harapan
Mengejar impian

Mewarnai perhubungan
Bersaudara dan bersahabat
Dekat dan rapat
Jauh dan terjarak

Mengenal persahabatan
Ulahnya berbagai ragam
Cahayanya pelbagai warna
Melingkari dalam pergaulan

Sahabat dengan kepentingan
Sahabat pandai meminta-minta
Sahabat dambakan keselesaan
Sahabat yang memilih sahabat
Sahabat kedai kopi
Sahabat pisau lipat
Sahabat mulut longkang
Sahabat tempayan luas

Kenalilah sahabat anda
Nescaya anda tidak kecewa
Tidak berduka dan terseksa


Comments