Golongan Qur'anis makin merebak di Malaysia

Rutin waktu petang melepak di kedai mamak, tiba-tiba diajukan dengan hujah-hujah yang benar-benar mencabar minda. Suatu hujah yang penuh dengan kajian dan penyelidikan oleh puak Qur'anis yang memperjuangkan al-Qur'an dan mengetepikan hadis-hadis Nabi s.a.w. Kata mereka kebanyak hadis yang ada sekarang ialah hadis palsu kerana jarak pengumpulan hadis terlalu lama dengan zanan Nabi s.a.w. 

Mereka berpegang hanya cukup berpegang dengan al-Qur'an kerana al-Qur'an itu sudah lengkap segala-galanya.

Mereka menafikan kewajipan perempuan menutup kepala, hukuman rejam bagi penzina, solat 5 kali sehari. Kata mereka kebanyakan hukum feqah sekarang lebih mengikut sebagaimana hukum asal dalam bible bukan dari al-Qur'an. 

Dengan berhujahkan contoh kitab Ihya' Ulumiddin, kata mereka inilah antara kitab muktabar yang banyak hadis palsu. 

Saya berpandangan gejala ini makin berkembang kerana kurangnya kesedaran 
umat Islam khusus Jabatan Agama tentang kepentingan penyebaran Ilmu-ilmu Hadis. 

Contoh yang jelas, kita boleh lihat berapa ramai ilmuan sunnah ditangkap kerana mengajar tanpa tauliah sedangkan mereka yang ada tauliah tetapi berkali-kali menyebarkan hadis palsu dibiarkan sehingga kini sehingga ada stesen radio saluran agama pun menjemput mereka untuk menyampaikan kuliah.. Situasi sebegini sangat berbahaya kepada masyarakat Malaysia.

Comments