PUISI KEROHANIAN

DIA RAHMAN DIA RAHIM

Aku dikasihi kerana ada yang kasih
Aku disayangi kerana ada yang sayang
Limpahan kasih sayang tiada terperi
Tiada berkurangan walau sekati

Segunung noda mungkar dipuja
Berkali-kali dosa melingkari diri
Telah diketahui murkanya Allah
Namun hati sekeras batu bata
Selagi tidak dirasakan bala
Selagi itu noda kekal beraja

Dengan RAHMAN Allah yang ada
Aku yang berdosa masih sejahtera
Berkalang nyawa yang sudah tersisa
Dibiarkan hidup mencari Pencipta
Agar sempat ku rebahkan kepala
Ditikar solat untuk ku berdoa
Mohon ampun segala dosa

Hanya RAHIM Mu aku merayu
Sebagai hamba pintaku sayu
Andai terulang perbuatan lalu
Mohon RAHIM MU kasihi daku
Agar terpimpin menuju jalanMu


Comments