Apakah semua ini muslihat Anwar Ibrahim?

Melihat kepada perkembangan terkini, nampaknya suasana aman masih belum ingin kelihatan. Sosok tubuh yang menggila seolah-olah dapat di kesan siapa empunya badan. Berdasarkan kepada artikel-artikel yang sering terpapar di dada akhbar dan media maya, nescaya insan yang bernama Anwar Ibrahim menjadi buah mulut orang ramai.

Banyak yang menyangjung beliau tetapi ramai lagi yang menyanggah beliau kerana pada dapatan terkini, beliau lah punca segala huru hara. Beliau juga lah insan yang digelar sebagai orang yang kurang sabar dan gelojoh untuk menjadi Perdana Menteri.

Berdasarkan tulisan Hisyamuddin Rais, beliau terlalu berahi untuk memegang tampok kuasa tertinggi. Sehinggakan dimungkinkan beliau lah orang yang di belakang wartawan untuk war-warkan isu peralihan kuasa Perdana Menteri.

Dilihat pada kesungguhan PAS untuk mempertahankan Tun Mahathir, apakah benar Anwar Ibrahim merancang komplot untuk menjatuhkan Tun Mahathir? Mungkin benar dan mungkin salah tetapi bila dikaitkan pada perkembangan terkini, seolah-olah ianya macam benar-benar betul.

Namun apa juga jawapan, perlukan pencarian dan perbandingan yang terperinci.

Comments