GURU DISIPLIN : BAGAIMANA MENINGKATKAN TINGKAH LAKU MURNI MURID

Peranan seorang guru disiplin amatlah berat. Seolah menggalas batu besar di bahu demi mencapai hasrat yang diidamkan. Mengambil sikap sambil lewa tidak akan membantu meningkatkan sahsiah diri murid. Menjadi seorang guru disiplin perlukan keikhlasan dan pengorbanan yang sangat besar. Kemahiran menangani kes-kes berat perlukan ketenangan yang sangat tinggi dan kesabaran yang tebal. ketelanjuran dalam mengambil tindakan akan menyebabkan seseorang itu boleh "bercuti" dalam kandang mahkamah. sebagai seorang guru disiplin, perlulah memegang kata-kata Laksaman Sunan dalam novel " Bagaikan Puteri" karya Ramlee Awang Murshid iaitu "LEBIH BAIK TERSALAH AMPUN DARIPADA TERSALAH HUKUM"

CARA-CARA MENINGKATKAN TINGKAHLAKU MURID

1) MENGANGGAP SEMUA PERKARA KECIL ADALAH PERKARA BESAR

Apabila semua guru disiplin memandang serius setiap salah laku murid walaupun hanya perkara kecil ia akan membantu melatih setiap murid dibiasakan mematuhi peraturan disiplin. latihan seperti ini sangat perlu diterapkan oleh semua guru disiplin, sentiasa memerhati dan memantau setiap masa setiap pergerakan pelajar bagi mendapatkan input-input yang penting untuk merencanakan agenda peningkatan sahsiah murid.

2) MENGOTAKAN SETIAP AMARAN YANG DIBERIKAN

Kebanyakkan guru disiplin hanya pandai memberi amaran tetapi tidak mengotakan amaran yang diberikan. Untuk membuatkan perasaan murid sentiasa curiga dengan kawujudan guru disiplin, perlulah mengotakan setiap amaran yang dikata, jangan terlalu asyik dengan berjela-jela amaran tetapi bila tindakan "habuk pun tara" . Para murid sentiasa memerhati kewujudan guru disiplin, sekiranya mereka tahu beginilah sikap guru disiplin, mereka pun tanpa segan dan silu untuk meneruskan pelanggaran disiplin secara berterusan.

3) MEMBERIKAN PERANAN PENGAWAS DENGAN PERANAN YANG SESUAI

Agihan tugas kepada semua hendaklah berdasar kemampuan pengawas. Dalam menentukan tugasan pengawas dapat disusun dengan baik, Ketua Guru Disiplin perlu berbincang dengan hati yang terbuka bersama-sama guru pengawas, buangkan segala ego yang membatasi kerana jawatan yang berbeza, duduklah di meja yang bulat dan tersenyum. berbincanglah kemudian tentukan tugasan dan jangan lupa sentiasa memantau setiap tugasan yang diberikan.

4) GURU-GURU DISIPLIN YANG BERKUALITI

Pihak sekolah inginkan disiplin murid yang cemerlang tetapi mereka terlepas pandang pada pelantikan guru-guru disiplin. dengan cara mengambil jalan mudah, lalu ditangkap muat mana guru yang belum ada jawatan lalu diletakkan dalam jawatankuasa disiplin. Al-hasilnya, hanya nama sahaja guru disiplin tetapi lebih bersikap boneka yang tidak mengerti apa-apa. Untuk mencapai target disiplin yang terbilang, penilaian yang sepatutnya perlu dibuat sebelum dibuat pelantikan.

Cukuplah setakat ini dulu coretan hati dari secebis pengalaman seorang guru disiplin di SMK Agama Kuala Lumpur.

Comments

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete

Post a Comment