MENGHALAU SIHIR DARI MENGUASAI BADAN

لا تجعلوا بيوتكم مقابر إن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة
Janganlah Kalian jadikan rumah-rumah kalian sebagai kuburan. Sesungguhnya Setan akan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.
Berdasarkan riwayat dari Abu Umamah al-Bahily, ia mengatakan “saya pernah mendengar Rasulullah bersabda:
اقرءوا القران فانه يأتي يوم القيامة شفيعا لأصحابه اقراوا الزهراوين البقرة  وسورة  ال عمران فانهما تأتيان يوم القيامة كأنهما غمامتان أو كأنهما غيايتان أو كأنهما فرقان من طير صواف تحاجان عن أصحابهما اقرءوا سورة البقرة فإن أخذها بركة وتركها حسرة ولا تستطيعها البطلة,
Bacalah al-Qur’an. Karena sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai penolong bagi pembacanya. Bacalah “az-zahrowaini” yaitu al-Baqarah dan Ali Imran. Karena sesungguhnya kedua surah itu akan datang di hari kiamat seperti awan atau mendung yang berarak, atau seperti sekumpulan burung Shawwaf yang menaungi pembacanya. Bacalah al-Baqarah karena ia mendatangkan keberkahan bagi pembacanya dan kerugian bagi yang melalaikannya, serta sihir tidak akan tertimpa padanya

Dua dalil untuk dikongsikan pada kali ini sebagai panduan dan bantuan bagi mereka yang mengalami gangguan yang berkaitan dengn makhluk halus terutama jin dan syaitan. Hadis-hadis yang dikemukakan ini andai difahami dengan setulusnya, maka kita akan sedari betapa sebenarnya kita tidak memerlukan bomoh atau dukun untuk merawat diri daripada gangguan ini. 

Sebenarnya, ramai dalam kalangan masyarakat melayu sangat taasub dengan keupayaan dukun, bomoh atau ustaz-ustaz sari rawatan Islam. Tanpa mereka sedari, sebahagian dari kalangan mereka adalah pendamping dengan makhluk ghaib. Walaupun jampi yang dibacakan tersebut adalah dari ayat-ayat al-Qur'an namun kita patut ketahui cara mereka mengamalkannya dengan keadah yang bagaimana. Justeru, sangat penting bagi kita memahami intipati rawatan yang dikehendaki oleh syarak. Kita sendiri mampu merawat diri kita tetapi kenapa kita berhajat kepada bantuan orang lain lebih-lebih lagi dari mereka yang beramalkan ilmu songsang. 

Di sini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman beramal dengan surah al-Baqarah yang mana pengalaman ini bukannya berasal dari penulis sendiri tetapi dari kawan-kawan penulis yang mengalami gangguan dan penulis meminta mereka mengamalkan surah ini. 
Pengalaman 1 
Seorang guru dari SK Dusun Nanding. Hampir setiap hari diganggu oleh makhluk ghaib lalu pergi berubat dengan salah seorang pengamal rawatan Islam lantas diberikan buku amalan untuk diamalkan. Setelah beberapa lama mengamalkan, gangguan tersebut tidak juga hilang malah diri sendiri sentiasa dalam tekanan dan serabut. Setelah guru tersebut hubungi penulis untuk minta pendapat dan pandangan, lalu penulis mencadangkan supaya mengamalkan surah al-Baqarah. Setelah beberapa minggu kemudian, penulis menghubungi guru tersebut untuk bertanyakan khabarnya dan amalan bacaan surah tersebut, dia menceritakan sehingga sekarang dia masih belum mampu menghabiskan membaca surah al-Baqarah sekaligus. Sentiasa ada halangan ketika berusaha menghabiskan surah ini antaranya menjadi sakit kepala, sakit perut dan mengantuk yang amat sangat. Penulis berharap guru tersebut mampu menghabiskannya suatu hari nanti. 

Pengalaman 2
Seorang guru kaunselor di negeri Pulau Pinang. Telah mengalami sakit lebih dari 20 tahun. Sudah banyak tempat pusat rawatan Islam yang mengubati penyakit namun belum juga sembuh. Setelah dicadangkan membaca surah al-Baqarah, semasa membaca surah tersebut badannya bergetar (tidak pasti mampu habiskan atau tidak) dan selepas itu, badanya menjadi sakit-sakit. In sya Allah, akan diikuti perkembangannya selepas ini. 

Pengalaman 3

Seorang ustazah dari Sekolah Rendah Agama kawasan Ampang. Telah diajarkan beberapa amalan oleh seseorang bomoh dari melaka namun setelah diteliti ayat-ayat tersebut terdapat sedikit menyimpang maksud ayatnya. Lalu penulis mencadangkan beliau mengamalkan surah al-Baqarah dan beberapa amalan lain yang dipetik dari sunnah Nabi s.a.w. Selepas beberapa tidak berjumpa, kebetulan penulis terserempaknya dengannya di sekolah tersebut lalu bertanyakan khabarnya. Katanya alhamdulillah sekarang ini jiwanya makin tenang dan sentiasa ceria, tiada lagi sakit-sakit badan seperti dahulunya. Dan sekarang ini, dia sentiasa mengamalkan surah ini pada setiap kelapangan masa yang ada. 

Demikianlah besarnya hikmah yang terkandung pada surah al-Baqarah. Kenapa kita masih mengelakan diri dari mengamalkannya walaupun kita tahu faedah-faedahnya. Semua ini tidak lain dan tidak bukan kerana makhluk yang mendiami diri itu lah yang menghalang kita dari terus mendekati surah ini. 

Bayangkan sekiranya kita semua mengamalkannya dan memahami terjemahannya, selain dapat merawati penyakit ghaib yang dialami, kita juga dapat meningkatkan tahap kefahaman kita apa yang terkandung dalam surah tersebut. Dan ingatlah hanya orang yang mengalami gangguan dan bersifat munafik sahaja yang tidak mampu menghabiskan bacaan surah ini.

Comments