Lambakan Guru Besar Perempuan Di Daerah Hulu Langat

Mengerikan!!!

Hilang nikmat menjadi seorang pendidik sedikit demi sedikit. Fenomena yang tidak sihat apabila dunia pentadbiran sekolah dikuasai oleh majoriti perempuan. Tiada keseimbangan keputusan yang diputuskan dalam sesuatu perkara. Para guru makin lama makin tertekan dengan pelbagai arah dan perintah. Ayat ugut mengugut berleluasa dari mulut mereka terutama "potong markah".

Amat menghairankan bagaimana kaedah pemilihan di peringkat atasan bagi pelantikan Guru Besar. Dalam sedar atau terpaksa pelantikan Guru Besar dari kalangan perempuan dilakukan. Kemana perginya lelaki dalam dunia pendidikan?

Terlalu mengejar prestasi sekolah dan saling bersaing antara Guru Besar perempuan antara punca utama yang menyebabkan para pendidik makin tertekan. Fail-Fail pengurusan makin bertambah-tambah dengan perkara-perkara yang tidak rasional.

Hanya dengan perintah dan arah dari mulut yang hanya beberapa titis air liur, mengarahkan para melaksanakan tugasan yang pelbagai tetapi sedikit bantuan pelaksanaan pun sangat berkira tetapi lidah lembut dengan senang berkata " alaa cikgu, sedekah lah sekali sekala" "Cikgu gred 44 pun nak berkira sangat ke?" ...... Satu soalan kepada Guru Besar!!!! "ANDA LAKSANAKAN TUGASAN PEJABAT, BERAPA RINGGIT DUIT ANDA KELUAR UNTUK BELI INK DAN KERTAS?"

Sebab tu dunia pendidikan perlukan keseimbangan jantina di kalangan Guru Besar agar mereka dapat mengimbangi keputusan mesyuarat.

Tolonglah wahai mereka yang bertanggungjawab, dengarkan luahan kami para pendidik untuk mengajar dengan aman tanpa ditekan semacam hamba beserta dengan bantuan sokongan material yang seajarnya. Kami bukanlah mahu berkira tetapi kami mahu diperlakukan secara adil, tak kan hanya kerana lewat sampai ke sekolah kadang-kadang sampai kami diarahkan parking kereta di luar pagar sekolah. Hambakah kami ini? Balacikah kami ini? "Guru didenda" dengan sinis menjadi bahan ketawa murid....


Comments