Kasih sayang yang semakin terhakis dalam kalangan masyarakat kini. Lebih menyedihkan lagi ia telah merebak ke dalam kalangan remaja-remaja dengan begitu cepat. Berakhlak dengan penuh kasih sayang semakin dikunokan sehingga berinteraksi dengan kalimah-kalimah yang sopan akan diperli dan disindir oleh kawan-kawan yang sebaya mereka.
Peranan ibu bapa sangat penting dalam menerapkan budaya kasih sayang untuk anak-anak mereka. Betapa perlunya ibu bapa memberi contoh yang baik sebagai ikutan dan tauladan bagi anak-anak.
Trend yang yang buruk ini kian menular dalam asrama sekolah, dengan berbekalkan istilah "respect senior", maka meraka dengan sewenang-wenangnya bertindak agresif semata-mata memastikan terzahirnya junior dengan terpaksa "merespect" senior sehinggakan terpaksa mambasuh, menggosok dan menjemur baju. Senior dengan sewenang-wenangnya mengambil pakaian tanpa perlu keizinan adik-adik untuk dipakai, adakalanya meminta untuk diurut. Malah lebih menakutkan lagi sampai ada yang diugut akan dikasari. Bahkan terdapat juga beberapa junior dipukul dengan alasan "tidak respect senior" .
Beginilah sekiranya penerapan kasih sayang "menghormati yang tua dan mengasihi yang muda" tidak diterapkan.
Siapa yang perlu dipersalahkan? Adakah guru-guru yang perlu dipersalahkan? Ooohhh... Tidak sama sekali kerana pendidikan yang awal adalah bermula dari rumah.
Pantau lah anak-anak masing-masing, guna lah kaedah "bersangka buruk dulu pada anak baru lah bersangka baik setelah disiasat" nescaya anak-anak akan terjamin dengan akhlak yang terpuji.
Sekian coretan ikhlas,
Ustaz Azam
Ketua Guru Disiplin
SMK Agama Kuala Lumpur
Comments
Post a Comment